Monday, March 19, 2012

Produk Sf Beauty



SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Sf beauty merupakan produk daripada Kelantan yang dijual secara perseorangan. Ia tidak dijual di mana-mana kedai atau salon kecantikan. Namun keberkesanannya membuatkan permintaan semakin tinggi saban hari. Mengikut pengasas produk, kini permintaan mencecah 1500 set untuk setiap minggu. Sf beauty boleh didapati melalui pengedar yang sah dan juga boleh diberi secara online melalui kami. Jangan risau berkenaan status KKM dan ketulenanya, kerana kami merupakan stokis utama SF beauty di bawah seliaan pengasas sendiri.

SF beauty terdapat 2 packaging yang berlainan iaitu bekas kaca dan juga plastik. Bekas kaca adalah untuk dipasarkan dikalangan orang-orang kenamaan dan tertentu sahaja. Ini adalah kerana pengguna sf beauty adalah terdiri drp beberapa golongan termasuklah golongan kenamaan. Namun pengguna tidak perlu risau kerana ia adalah produk yang sama. Terpulang kpd anda mahu yang bekas kaca atau plastik. Tapi kami dimyshop2u memilih bekas plastik untuk dijual supaya memudahkan proses pengbungkusan dan penghantaran.

Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.
Jika berminat sila hubungi : 0172360545-nurul (Dealer Bangi)

SF BEAUTY

SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

INFO SF BEAUTY
Sf beauty merupakan produk dari Kelantan yang dijual secara perseorangan asalnya. Keberkesanan di ketahui dr mulut ke mulut sehingga permintaan sangat tinggi. Ia tidak dipasarkan oleh owner produk tetapi dijual secara perseorangan kpd dealer-dealernya shj. Dan mengikut owner dia, permintaan kini mencecah 4000 set per minggu.
Ada 3 produk sf beauty yg dijual secara set dan berasingan iaitu cream malam, cream siang dan sabun(ada utk kulit sensitif).
SF sabun kecantikan-
Natural dan bersih dengan vitamin E menolong meningkatkan metabolisme kulit, merencat proses penuaan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.
SF krim malam-
Bahan semulajadi yang dirumus untuk menghilangkan jeragat dan bekas jerawat disamping memutih dan membersihkan kulit. Menjadi kulit lebih halus dan bersih.

Ia baru saja mendapat kelulusan KKM. Anda tidak perlu meraguinya kerana tiada bahan merbahaya dalam produk ini.



SF beauty Soap : NOT 110600593K
SF Day Cream : NOT 110600594K
SF Night Cream: NOT 110600595K




Panduan Penggunaan

- cuci muka dengan sabun 2 kali sehari
- gunakan krim malam pada malam hari
- gunakan krim siang pada siang hari(sbg pelindung uv)

jika awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan dengan krim siang dan sabun. selepas 2,3 hari gunakan semula krim malam.

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan(biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit penggelupasan HALUS di bahagian bermasalah.

Berapa lama kesan??

1- 3 minggu sudah nampak kesanya. kulit akan mendapat kelembapan semulajadi.

Produk ini tidak
MENIPISKAN dan MEMERAHKAN kulit muka . Ia membersih kulit secara SEMULAJADI.

Untuk kulit yang
sensitif dan berpenyakittidak digalakkan mencuba. Terutamanya kulit yang alah pada bahan-bahan kosmetik. Sila sms terlebih dahulu sebelum mencuba.
JANGAN TUNGGU LAMA2 SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!!!!!


Untuk Sebarang Pertanyaan dan Maklumat

Boleh Hubungi : 017-2360545 (Nurul)

Emel/Facebook: cuk_abe@yahoo.com / Sf Beauty Bangi



Tuesday, February 10, 2009

Stres mungkin baik untuk anda....

APA ITU stres?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.

“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Monday, February 9, 2009

"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" Ke mana Hilangnya..






Terkejut apabila melihat di dalam berita gelagat penyokong-penyokong pembangkang yang berbaring dan terkinja-kinja ditengah jalan dan menghalang kenderaan Raja Muda serta memecahkan cermin kereta yang melalui jalan berhampiran masjid Ubaidiah minggu lepas.


Persoalannya siapakah dalang belakang disebalik tindakan biadap dan rakus itu??
Siapakah yang menjadi penasihat dan menyuruh kaum Melayu yang melakukannya??
Kenapa tidak Kaum India atau Cina??


Khabar angin menyatakan akan berlaku huru-hara pada Sidang Dewan Undangan negeri Perak Kelak!

Secara peribadi apa yang lebih menyedihkan adalah kaum Melayu sendiri yang menentang Raja Sendiri!! Mungkin DAP dan PKR bergelak ketawa melihat gelagat kaum Melayu..

Walauapapun diharapkan BN janganlah terlalu gelojoh dan gembira dengan kejayaan ini. Mungkin kita belum lagi mengetahui kehendak rakyat samada suka atau tidak.

Saturday, January 31, 2009

Hari Konvokesyen 2008 Murni Nursing College






Setelah selama 3 tahun mentelaah buku dan menjalani latihan praktikal di beberapa negeri di semenanjung kegembiraan terpancar setelah berjaya menamatkan kursus pada 23 oktober 2008. Majlis konvokesyen yang berlansung di Pusat Konvensyen antarabangsa Putrajaya.

KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI

Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini.

Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.

Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit.

Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih.

Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan.