Tuesday, February 10, 2009

Stres mungkin baik untuk anda....

APA ITU stres?

Menurut Dr. Hans Selye, pengasas teori stres, stres merupakan satu gejala tindak balas yang tidak spesifik oleh individu terhadap beban yang datang dalam bentuk keresahan yang disebabkan cabaran, ancaman atau perubahan yang memerlukan respon.

Bertentangan dengan persepsi ramai orang, stres boleh dibahagi kepada stres yang baik atau positif yang dikenali sebagai eustress dan yang buruk atau negatif distress.

Pegawai perubatan di sebuah institusi kesihatan di ibu negara, Dr. S. Mogan berkata, stres yang positif boleh membuatkan seseorang lebih berhati-hati, fokus dan kreatif dalam kehidupan harian.

Menurut sejarah, Alexander Graham Bell mencipta telefon, alat yang mencetus revolusi dalam bidang perhubungan, ketika ingin membantu tunang beliau yang telah hilang pendengaran.

Sukar untuk didefinisi

Kata Dr. Mogan, memang sukar untuk memberi definisi mengenai stres kerana ia suatu aspek yang subjektif.

“Kalau anda tanya 10 orang tentang apa yang sebabkan mereka rasa stres, maka anda akan mendapat 10 jawapan yang berlainan.

“Sebabnya tiada definisi tentang stres yang dipersetujui semua, apa yang stres bagi seseorang mungkin perkara yang menyeronokkan atau tiada apa-apa bagi orang lain.

“Contohnya, penunggang motosikal akan berasa gembira bila dapat memecut kenderaan mereka manakala ini perkara yang menakutkan bagi orang lain. Menang dalam perlumbaan mungkin lebih stres daripada kalah tapi ini merupakan stres yang baik”, kata kepada Bernama.

Menurut pendidik Fatimah Mansur, stres melonjakkan produktiviti seperti bila pelajar menghadapi peperiksaan.

“Pelajar berusaha dengan lebih keras bila peperiksaan telah hampir manakala pekerja di pejabat bekerja dengan lebih cepat bila waktu pulang sudah dekat", kata beliau.

Fatimah berkata, orang ramai perlu mendapat stres yang sesuai untuk produktif dalam kehidupan seharian.

“Anda boleh guna dan gembleng stres untuk menjadi lebih produktif,” kata Fatimah lagi.

Risalah Kementerian Kesihatan

Menurut risalah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, antara punca stres ialah beban kewangan, masalah rumah tangga, menunggu terlalu lama, mangsa buli, beban kerja yang tinggi, suasana persekitaran yang tidak sihat, rasa rendah diri, kesesakan jalan raya, serta tragedi.

Seseorang yang mengalami stres akan menunjukkan kegelisahan, risau keterlaluan dan gangguan emosi, insomnia (tidak dapat tidur), kurang fokus dan tumpuan kerja serta resah dan cepat marah.

Mereka digalakkan mengambil 10 langkah ‘B’ iaitu bertenang, bernafas dengan dalam, berkata ‘relakslah’, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam dan berfikiran positif.

Monday, February 9, 2009

"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA" Ke mana Hilangnya..






Terkejut apabila melihat di dalam berita gelagat penyokong-penyokong pembangkang yang berbaring dan terkinja-kinja ditengah jalan dan menghalang kenderaan Raja Muda serta memecahkan cermin kereta yang melalui jalan berhampiran masjid Ubaidiah minggu lepas.


Persoalannya siapakah dalang belakang disebalik tindakan biadap dan rakus itu??
Siapakah yang menjadi penasihat dan menyuruh kaum Melayu yang melakukannya??
Kenapa tidak Kaum India atau Cina??


Khabar angin menyatakan akan berlaku huru-hara pada Sidang Dewan Undangan negeri Perak Kelak!

Secara peribadi apa yang lebih menyedihkan adalah kaum Melayu sendiri yang menentang Raja Sendiri!! Mungkin DAP dan PKR bergelak ketawa melihat gelagat kaum Melayu..

Walauapapun diharapkan BN janganlah terlalu gelojoh dan gembira dengan kejayaan ini. Mungkin kita belum lagi mengetahui kehendak rakyat samada suka atau tidak.

Saturday, January 31, 2009

Hari Konvokesyen 2008 Murni Nursing College






Setelah selama 3 tahun mentelaah buku dan menjalani latihan praktikal di beberapa negeri di semenanjung kegembiraan terpancar setelah berjaya menamatkan kursus pada 23 oktober 2008. Majlis konvokesyen yang berlansung di Pusat Konvensyen antarabangsa Putrajaya.

KESIHATAN FIZIKAL DAN KEBERSIHAN DIRI

Badan manusia terdiri daripada reseptor seperti mata, hidung, kulit, telinga dan perseptor seperti otak. Kefahaman tentang cara mekanisme itu berfungsi membolehkan kita menjaga kesihatan reseptor dan perseptor ini.

Kesihatan fizikal bermaksud segala fungsi fisiologi dan anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang penyakit. Tahap kesihatan fizikal dapat diukur dengan memeriksa suhu badan, tekanan darah, denyutan jantung dan kandungan air kencing.

Kesihatan fizilkal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi. Tenaga juga perlu untuk pembinaan dan pertumbuhan badan serta menentang serangan patogen untuk menghindarkan diri daripada penyakit.

Selain makanan, kita haruslah menjaga kebersihan diri demi kesihatan fizikal dengan mencuci dan memandikan badan setiap hari serta memakai pakaian yang bersih.

Kesihatan fizikal dapat dicapai juga melalui senaman harian, sukan atau permainan.